30 April 2009

Minum air buah gelas besar

Kata Ummi, kawan Ummi pernah cakap, kalau pergi Terengganu tak minum air buah gelas besar, cam tak cukup syarat. Malam pertama kami di KT, Ummi bawak ke dua tempat menjual air buah gelas besar yang popular di Seberang Takir tapi hampa sebab dua2 tempat tu tutup. Memang Ummi kecewa tapi apa daya. Plan asal nak minum air buah bertukar jadi aktiviti makan ikan bakar dekat Astaka (Ummi tanya Uncle Shidi la ni).

Selepas penat berjalan seharian, Ummi berjaya memujuk Tok dan Wan untuk tinggal semalam lagi di Seberang Takir. Alasan Ummi, masing-masing dah penat so baiklah berehat dulu, awal pagi esok (Khamis), bertolak balik ke KL. Alhamdulillah, Tok dan Wan setuju. Anjang, Untie, Pak Tih dan Mak Su, ngikut aja.

Biar penat, malam tu Ummi memujuk sekali lagi Tok dan Wan untuk keluar, pekena air buah gelas besar. Ummi berdoa, kedai popular yang Ummi cari semalam, dibuka. Alhamdulillah... misi berjaya.... Ummi nak order gelas paling besar tapi Wan larang, bimbang tak abis so semuanya minum gelas sederhana... ramai jgk yang order gelas tambahan... caya laaaa...
]





Mak Su tutup jerawat.... hehehe




Tiada ulasan: