15 Mac 2009

Gigi susu mula tanggal

Awal Oktober 2008, gigi bawah mula longgar.







Baru ni pulak (pertengahan Mac 09), gigi atas pulak. Dua batang sekali gus sbb yang sebatang lagi longgar selepas Ayang terjatuh... apa nak dikata lagi, lasak cam anak lelaki... :)



12 Mac 2009

Puteri lasak tapi sensitif

10hb Mac
Muka Ayuni calar gara-gara bergaduh masa bermain dengan Suhail tapi "Kak Yang kuat...!", katanya masa ditegur dek Ummi petangnya...
12hb Mac
Lebih kurang jam 9.30pm, Ummi kat bilik tengah kemaskan tempat tidur. Tiba-tiba Suhail menjerit: "Ummi! Kak Yang jatuh, dia buat sendiri. Darah!!"

Ummi segera ke ruang depan, Ayuni dah terlungkup ke lantai. Ummi angkat Ayuni, bibirnya berdarah. Gigi yang dah longgar sebelumnya, tambah longgar sebatang lagi. Setelah diselidik, rupa-rupanya Ayuni buat aksi stunt menggunakan sandal tidur licin dek susu Sulaim yang disiram oleh Sulaim ke lantai, buatkan Ayuni keceper... hehehe :).



02 Mac 2009

Di Muzium Kesenian Islam

1hb Mac, Ayuni terlibat dalam program anjuran Genius Aulad, Tribute to Gaza. Seronok betul dia bila dapat nyanyi ramai-ramai kat atas pentas. Cuma tak bestnya, lampu malap sangat, Ummi plak guna kamera cikai ja so gambar kat dalam tu gelap la jadinya, syukur la anak Ummi ni pakai tudung kilat-kilat, boleh la perasan...


Amik video pun gelap jadinya... tak pe lah, yg penting ada kenangannya kan!! hehe..
**banyak kali try upload, tak leh plak.. nnt try lagi lah yer...




dengan teacher...

kawan-kawan masuk pentas... Ayuni lum masuk

Suhail tumpang seronok...

ha.. yg pegang dagu tu Ayuni, sesi lagu kedua, Ayuni duk belakang plak..

Haa.. kat tengah2 tu Ayuni la...

Ayuni kat depan teacher... terlindung muka.

apa benda ntah kat belakang tu, lupa plak ummi nak tengok.. hehehe

panas laaa Ummi...

Oooppp!!!

Alaaaa.... sopan ke malu? Hehehe

Tata....

Cam model tak?

Flying kiss tu.... hehehe


Sulaim jatuh katil

2hb Mac - seperti biasa selepas bangun tidur, Ummi akan letakkan beberapa bantal mengelilingi Sulaim, bimbang Sulaim jatuh katil. Tapi pagi ni, Ummi tengah kalut menggosok baju, tiba-tiba Ummi terdengar bunyi benda terhempas jatuh dan Ummi dengar suara tangisan Sulaim. Daripada bilik Suhail (tempat Ummi menggosok), Ummi segera berlari ke bilik Ummi dan Ummi dapati Sulaim dah terlungkup ke lantai, tepi katil. Ummi segera angkat, dah jelas benjol di kepala Sulaim. Besar, nampak sebesar kepala botol kicap. Ummi kendung Sulaim, capai tuala, berlari ke dapur dan 'press' termos air panas, Ummi segera tuamkan benjol Sulaim. Ambil masa juga barulah benjol tu surut dan Sulaim mula diam.

Hari ni, Ummi masuk kerja lambat. Ummi tunggu tengok keadaan Sulaim dulu. Selepas Kak Yang dan Bg Chik ke sekolah dengan Untie dan Pak Tih, Ummi tidurkan Sulaim. Lebih kurang jam 10.30am, Sulaim bangun dan mula aktif seperti biasa. Ummi ambil keputusan ke pejabat sebab Ummi ada kerja penting perlu disiapkan segera. Ummi antar Sulaim kat rumah Nenek dan pesan, kalau Sulaim muntah-muntah, cepat telefon Ummi. Alhamdulillah, Ummi ambil Sulaim petang, kata Nenek, Sulaim baik-baik ja. Benjol dah tak der cuma ada kesan lebam ja. Alhamdulillah.














01 Mac 2009

Majlis ulangtahun kelahiran

Awal Februari, Ummi dah tempah kek khas untuk birthday Suhail yang ke 5 kat Kak Ellie deHeart. Ummi tak merancang nak buat majlis besar-besar, cukuplah sambutan seperti tahun-tahun lalu, sama seperti birthday Ayuni.

Tapi, sehari sebelum birthday Suhail (Jumaat, tatkala balik dr sekolah), Ayuni meluahkan hasrat yang amat menyentuh hati Ummi. Ayuni seronok bila tau kawan-kawan buat majlis birthday panggil kawan-kawan juga. Ya Allah! Ummi hanya nak anak-anak Ummi gembira. Memang dah suntuk, esok ja birthday Suhail. Takkan nak tangguhkan, tak seronok la birthday Suhail tak der apa-apa sambutan. Nak buat esok dan buat lagi dengan perancangan untuk tunaikan hasrat Ayuni, dah tak seronok lah.

Ummi call Kak Ellie, boleh tak tambah satu kek lagi untuk Ayuni. Kak Ellie sanggup jer. Terima kasih Kak Ellie. Ummi pun mula merancang untuk majlis terkejut esok. Ummi contact kawan-kawan rapat, yang ada anak-anak sebaya Ayuni. Nak panggil kawan sekolah, sah la susah nak uruskan sebab majlisnya esok ja, sekolah pulak dah tamat untuk minggu ni. Ummi ajak jugak cikgu-cikgu Genius Aulad.

Ummi masih ada masalah kewangan, gaji Januari pun Ummi belum terima (daripada syarikat tempat Ummi kerja buat multimedia). Demi hasrat anak-anak, Ummi usahakan juga. Ummi tempah kuih, Ummi masak mee kari dan mee sup. Syukur, selepas berpenat lelah, Ummi berjaya juga sediakan juadah untuk hidangan tetamu mulai jam 5.00pm.

Walaupun tetamu yang datang hanya lingkungan 1/10 daripada jumlah undangan tapi Ummi puas hati sebab anak-anak Ummi gembira. Ummi seronok bila malamnya, selepas dah kepenatan seharian, Ayuni dan Suhail datang peluk Ummi dan ucapkan terima kasih. Ummi bahagia sangat dan tika ini, air mata gembira mengalir... syukur Ummi masih mampu menggembirakan anak-anak Ummi walau Abi jauh di Sarawak sana...