2hb Mac - seperti biasa selepas bangun tidur, Ummi akan letakkan beberapa bantal mengelilingi Sulaim, bimbang Sulaim jatuh katil. Tapi pagi ni, Ummi tengah kalut menggosok baju, tiba-tiba Ummi terdengar bunyi benda terhempas jatuh dan Ummi dengar suara tangisan Sulaim. Daripada bilik Suhail (tempat Ummi menggosok), Ummi segera berlari ke bilik Ummi dan Ummi dapati Sulaim dah terlungkup ke lantai, tepi katil. Ummi segera angkat, dah jelas benjol di kepala Sulaim. Besar, nampak sebesar kepala botol kicap. Ummi kendung Sulaim, capai tuala, berlari ke dapur dan 'press' termos air panas, Ummi segera tuamkan benjol Sulaim. Ambil masa juga barulah benjol tu surut dan Sulaim mula diam.
Hari ni, Ummi masuk kerja lambat. Ummi tunggu tengok keadaan Sulaim dulu. Selepas Kak Yang dan Bg Chik ke sekolah dengan Untie dan Pak Tih, Ummi tidurkan Sulaim. Lebih kurang jam 10.30am, Sulaim bangun dan mula aktif seperti biasa. Ummi ambil keputusan ke pejabat sebab Ummi ada kerja penting perlu disiapkan segera. Ummi antar Sulaim kat rumah Nenek dan pesan, kalau Sulaim muntah-muntah, cepat telefon Ummi. Alhamdulillah, Ummi ambil Sulaim petang, kata Nenek, Sulaim baik-baik ja. Benjol dah tak der cuma ada kesan lebam ja. Alhamdulillah.
02 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan