01 Mac 2009

Majlis ulangtahun kelahiran

Awal Februari, Ummi dah tempah kek khas untuk birthday Suhail yang ke 5 kat Kak Ellie deHeart. Ummi tak merancang nak buat majlis besar-besar, cukuplah sambutan seperti tahun-tahun lalu, sama seperti birthday Ayuni.

Tapi, sehari sebelum birthday Suhail (Jumaat, tatkala balik dr sekolah), Ayuni meluahkan hasrat yang amat menyentuh hati Ummi. Ayuni seronok bila tau kawan-kawan buat majlis birthday panggil kawan-kawan juga. Ya Allah! Ummi hanya nak anak-anak Ummi gembira. Memang dah suntuk, esok ja birthday Suhail. Takkan nak tangguhkan, tak seronok la birthday Suhail tak der apa-apa sambutan. Nak buat esok dan buat lagi dengan perancangan untuk tunaikan hasrat Ayuni, dah tak seronok lah.

Ummi call Kak Ellie, boleh tak tambah satu kek lagi untuk Ayuni. Kak Ellie sanggup jer. Terima kasih Kak Ellie. Ummi pun mula merancang untuk majlis terkejut esok. Ummi contact kawan-kawan rapat, yang ada anak-anak sebaya Ayuni. Nak panggil kawan sekolah, sah la susah nak uruskan sebab majlisnya esok ja, sekolah pulak dah tamat untuk minggu ni. Ummi ajak jugak cikgu-cikgu Genius Aulad.

Ummi masih ada masalah kewangan, gaji Januari pun Ummi belum terima (daripada syarikat tempat Ummi kerja buat multimedia). Demi hasrat anak-anak, Ummi usahakan juga. Ummi tempah kuih, Ummi masak mee kari dan mee sup. Syukur, selepas berpenat lelah, Ummi berjaya juga sediakan juadah untuk hidangan tetamu mulai jam 5.00pm.

Walaupun tetamu yang datang hanya lingkungan 1/10 daripada jumlah undangan tapi Ummi puas hati sebab anak-anak Ummi gembira. Ummi seronok bila malamnya, selepas dah kepenatan seharian, Ayuni dan Suhail datang peluk Ummi dan ucapkan terima kasih. Ummi bahagia sangat dan tika ini, air mata gembira mengalir... syukur Ummi masih mampu menggembirakan anak-anak Ummi walau Abi jauh di Sarawak sana...




Tiada ulasan: